CINTA
banyak yang aku pelajari berkenaan cinta.
jika dahulu aq mencari erti cinta manusia, kini aq belajar mengenai cinta kepada yang Esa.
bila berada dialam remaja, seringkali hati meronta. kononnya mencari pasangan jiwa untuk memenuhi nafsu semata-mata.
CINTA
amat mudah dilafazkan dan ditutur kata.
kononnya tanpa dirimu hidupku musnah tanpa rasa cinta.
tahukah dirimu bahawa syaitan yang sedang berdusta?
berdusta dengan hatimu yang sedang meronta.
kerana inginkan pasangan jiwa, ibu bapa entah kemana, pasangan jiwa dianggap dunia.
CINTA
ramai yang mencari cinta yang sejati.
cinta yang hakiki.
namun mengapa cinta kepada yang SATU, yang sepatutnya menjadi cinta yang asli, tidak dipeduli?
CINTA
bersediakah dirimu dengan tanggungjawab kearah rumah tangga?
atau dirimu hanya ingin satu kepastian bahawa dirimu tidak akan keseorangan?
tidakkah kamu yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan?
mengapa mesti kamu terlibat dalam dunia kemaksiatan?
CINTA
pernahkah dirimu terfikir akan rahmat Allah terhadap hubunganmu itu?
adakah bilamana dirimu berkahwin dengan dirinya, perkahwinan itu penuh barakah Allah akibat apa yang telah kamu lakukan dimasa lampau?
hubungan yang telah dimulakan zina tangan, zina mata, zina telinga dan zina hati?
permulaan zina kearah hubungan yang HALAL????
fikir-fikirkanlah adik2ku.
kerana kita masih punya peluang untuk berubah.
Moga Allah redha dengan setiap amalan kehidupan seharian kita kearah menggapai mardhatillah.....